SURAU

SEJARAH SURAU 

Surau SMK Putrajaya Presint 8(1) telah dibina semasa pembinaan sekolah ini pada tahun  Januari 2000. Di sini terdapat dua buah surau iaitu surau untuk guru dan sebuah lagi untuk guru.

Kedudukan surau guru  ialah di tingkat bawah bilik guru manakala surau pelajar pula berada tengah-tengah kompleks sekolah antara sekolah menengah dan sekolah rendah berhampiran pintu utama.

Sekolah Menengah  bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pengurusan surau pelajar manakala penggunaanya dikongsi bersama.

VISI SURAU

Surau SMK Putrajaya Presint 8(1) menjadi wadah unggul untuk mendidik generasi muda ke arah pembentukan individu berkualiti dan bersahsiah cemerlang.


MISI
Memberi pendidikan kepada murid melalui program bersepadu dan memenuhi Falsafah Pendidikan Islam.


Pandangan depan surau As-Syafie.(surau lelaki)


Pandangan sisi surau As-Syafie.(surau lelaki)

Surau Al-Faizun (surau perempuan)


Pandangan sisi surau Al-Faizun (surau perempuan)

SOLAT BERJEMAAH
Aktiviti utama kedua-dua buah surau di kompleks sekolah ini  adalah merupakan peneraju kepada solat berjemaah seluruh warga sekolah SMK Putrajaya Presint 8(1) di mana ianya bermula setelah pengetua Datin Suwarni bt Hassan menerajui pentadbiran sekolah ini. Pada Hari Isnin, Selasa dan Khamis setiap minggu, semua  pelajar  berkumpul di surau untuk berjemaah bermula jam 2.05 ptg dan berakhir pada jam 2.30 ptg. Setelah selesai pelajar akan mula pulang ke rumah atau meneruskan aktiviti sekolah yang lain.Pada tahun 2012 solat berjemaah diteruskan dan waktunya diubahsuai iaitu dua waktu. Waktu pertama 1.10 hingga 2.20 diperuntukkan kepada  kelas Perdana (ting 1, 2, 3 dan 4) beserta 4 Bestarin, 4 Satria serta ting 1 dan 2 kelas aliran agama manakala waktu kedua adalah bermula jam 2.30 hingga 3.00 ptg.