AKTIVITI


 AKTIVITI 2012


Aktiviti dakwah:
1. Maulidurasul- dilaksanakan secara dalaman di mana penceramah jemputan adalah daripada SMK Taman Jasmin, Kajang pada 7.30 hingga 9.30 pg.
2. Program Tahsin al-Quran bagi pelajar tingkatan 1 2012- bermula pada 19 Januari 2012 hingga sekarang.
3. Program Indahnya Iman- dimulakan pada 20 Januari 2012 dan dilaksanakan di surau sekolah pada setiap jumaat mengikut gilkiran antara pelajar tingkatan 1, 2 dan 4.
4. Program solat hajat mingguan untuk kelas peperiksaan bermula pada 13 Januari 2012.
5. Kursus Imam dan Bilal pelapis 2012- diadakan pada 23-25 Mac 2012 bertempat di Masjid Sultan Zainal Abidin. Peserta yang terlibat adalah seramai 11 orang pelajar daripada tingkatan 1,2 dan 4.
6. Program Bacaan Yaasin dan tahlil- dijalankan pada setiap hari jumaat bermula 6 Januari 2012 bertempat di Dataran Wawasan




 AKTIVITI 2011


PROGRAM BACAAN YAASIN DAN SOLAT HAJAT.


JANUARI

1
7 JANUARI 2011
Bacaan Yaasin minggu pertama awal bulan telah berlangsung dengan jayanya.
2
14 JANUARI 2011
Solat hajat kelas peperiksaan telah bermula pada hari jumaat minggu kedua persekolahan. Tahniah kepada warga sekolah kerana tahun ini bermula sangat awal.
3
21 JANUARI 2011
Bacaan Yaasin dan tahlil diadakan untuk arwah pelajar Ali Hasnan b Mastor bersama bekas pelajar tingkatan 5 2010 seramai 80 orang bertempat di Dataran Wawasan SMKPP8(1).
4
28 JANUARI 2011
Zikir di Dataran Wawasan dan juga solat hajat kelas peperiksaan di surau sekolah berjalan seperti biasa.



FEBRUARI

1
4  FEBRUARI 2011
Bacaan Yaasin minggu pertama awal bulan diteruskan dengan  jayanya.
2
11 FEBRUARI 2011
Solat hajat kelas peperiksaan berlangsung mengikut jadual
3
18 FEBRUARI 2011
Solat hajat kelas peperiksaan seperti minggu sebelumnya.
4
25 FEBRUARI 2011
Solat hajat seperti biasa.


MAC
1
4  MAC 2011
Sambutan maulidurrasul peringkat sekolah, bacaan Yaasin diadakan.
2
11 MAC 2011
Bacaan Yaasin ditangguhkan kerana ujian Mac.
3
18 MAC 2011
 CUTI SEKOLAH
4




APRIL
1
1  APRIL 2011
Bacaaan Yasiin awal bulan dilaksanakan mengikut jadual.
2
8 APRIL 2011
Solat hajat kelas peperiksaan  dilaksanakan seperti biasa.
3
15 APRIL 2011
Solat hajat diteruskan mengikut jadual.
4
22 APRIL 2011
Solat hajat diteruskan mengikut jadual.


MEI
1
6  MEI 2011
Bacaaan Yasiin awal bulan dilaksanakan mengikut jadual.
2
13 MEI 2011
Solat hajat kelas peperiksaan  dilaksanakan seperti biasa.
3
20 MEI 2011
Solat hajat diteruskan mengikut jadual.
4
27 MEI 2011
Bacaan Yasiin sempena sambutan Hari Guru peringkat sekolah 2011.



JUN
1
3 & 10  JUN 2011
CUTI PENGGAL PERSEKOLAHAN
2
17 JUN 2011
Bacaan Yasiin awal bulan dilakukan bagi menggantikan hari cuti.
3
24 JUN 2011
Solat hajat diteruskan mengikut jadual.





PROGRAM PENINGKATAN MATA PELAJARAN

1.  SEMINAR TEKNIK PMR 27 dan 28 Januari 2011
Program seminar teknik PMR dan taklimat Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) telah diadakan untuk semua kategori pelajar tingkatan 3 2011 bertempat di Auditorium sekolah.

2. SEMINAR TEKNIK SPM 24 Februari 2011

Program seminar teknik SPM diadakan secara dalaman oleh guru mata pelajaran Pendidikan Islam tingkatan 5 2011 bertempat di Bilik Mesyuarat SMKPP8(1) mengikut kategori pelajar iaitu cemerlang, harapan dan cahaya.

3. PROGRAM SINAR SABTU
-Program Sinar sabtu Pendidikan Islam PMR telah diadakan pada 12 Februari 2011. Pelaksanaanya mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh pihak pentadbir sekolah. kehadiran pelajar adalah 95%.

-Program Sinar sabtu SPM berlangsung pada 26 Mac 2011, 3 orang GPI terlibat iaitu Ush Norizan, Ush Murni dan Ush Koriana,  kehadiran pelajar sangat memuaskan dan program dikendalikan secara kelas.

PROGRAM DAKWAH 2011

1. Sambutan Maulidurrasul 2011
Program maulidurrasul 2011 diadakan bermula 16/2/2011 hingga 4/3/2011. Aktiviti yang disusun ialah pertandingan penyampai kisah Nabi Muhamad SAW, selawat setiap jumaat, teka silangkata, kuiz maulud (paparan soalan di laman blog panitia setiap jumaat)dan penghayatan kebersihan kelas.

KUIZ MAULUD

SOALAN MINGGU PERTAMA (18/2/2011)
1. Berapakah usia Nabi Muhammad SAW ketika ayahanda baginda meninggal dunia?

SOALAN MINGGU KEDUA (25/2/2011)
2. Gua Hira' terletak di Jabal ________ timur laut Masjidil Haram.

SOALAN MINGGU KETIGA ( 3/3/2011)
3. Siapakah kanak-kanak pertama yang memeluk Islam semasa dakwah Rasulullah SAW.

JAWAPAN:
1. Antara  2 hingga 6 bulan kandungan ibunya.
2. Nur.
3. Saidina Ali bin Abi Talib.

2. Majlis Tadarus al-Quran 2011
Majlis Tadarus al-Quran peringkat peringkat sekolah telah dilaksanakan dengan jayanya bagi mencari bakat-bakat terpendam 2011.

Pemenang peringkat sekolah telah bertanding di peringkat Putrajaya pada 6/4/2011.
Bahagian Hafazan lelaki mendapat tempat ketiga iaitu Hasif b Syeikh Ali daripada kelas 5ST manakala  syarahan lelaki iaitu Mohd Nurzakwan daripada kelas 3KAA juga mendapat tempat ketiga.

3. Festival Nasyid 2011
Festival Nasyid peringkat Putrajaya telah berlangsung pada 28/4/2011 bertempat di SMKPP 9(1)
dan SKPP 9(2). Acara Penutup berlangsung di SKPP 9(2)
Kumpulan Sautuss Salam di bawah bimbingan Ush Nur Azyma bt Ismail mendapat tempat kedua.

4. Sambutan Israk dan Mikraj peringkat sekolah 2011
Sambutan diadakan di Dataran Wawasan SMKPP8(1) pada 1 Julai 2011 bermula daripada jam 7.30 pagi hingga 9.30 pg dimulai dengan bacaan Yaasin dan diikuti oleh ceramah israk mikraj. Majlis tersebut diakhiri dengan kuiz spontan dan acara penyampaian hadiah kepada pemenang.